Friday, April 22, 2016

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

 Hari ni saya nak story mory tentang 4 tahun yang lalu, dari umur belasan tahun sehingga umur dan masuk angka 2 di hadapan. Sebenarnya banyak perkara yang terjadi sepanjang 4 tahun ni. Bukan banyak tapi tersangat-sangat banyak. Dari dulu sehingga sekarang saya tak terlintas langsung apa yang saya akan jadi, apa yang saya akan lalui. Saya tiada langsung plan dalam hidup saya. Seriously ? Yaa seriously. Saya tak macam orang lain atau mungkin ada yang sama dengan saya. Kehidupan saya adalah sederhana. Alhamdullilah. Apa yang saya ada mencukupi dari semua segi. Syukur. Sekarang ni baru la saya nampak jalan yang sepatutnya saya lalui dan hadapi. 

 Selepas habis SPM, result saya tak de lah segempak mana. Hanya cukup-cukup makan. Saya budak Sastera. Perancangan lepas SPM semua family yang decide dan uruskan, saya hanya turuti sahaja sebab bagi saya apa keputusan family saya, itulah yang terbaik bagi saya. Mencapai kata sepakat, saya masuk ke Kolej Poly-Tech Mara di Bangi dan mengambil Business Management under UiTM. Banyak perkara yang saya lalui disitu, ketika itula saya belajar berjauhan dengan family sebab sebelum ni hanya bersekolah berdekatan dengan kawasan rumah. Mula-mula memang rasa macam takboleh nak go on sebab tak dapat follow cara belajar semua dan result semester 1 memang down sangat. Suatu hari dapat email masa class. Dapat tawaran SPA. Tengok-tengok dapat nurse. OMG! Masa tu nak kata seronok tak jugak, tapi agak blurr. Nurse tak pernah ada ataupun wujud dalam diri saya. Tak pernah minat pun. Mak pun call cakap pergi la interview. Masa tu pula time final exam, sebaik ada gap. So family datang ambil semua, buat preparation sikit untuk interview. Setel je interview yang dari awal pagi sampai petang terus balik Bangi. Esoknya ade paper, boleh bayangkan tak, tak study pape terus main sebat je jawab. Amekkaw sekali paper tu kena repeat, sebaik ade geng. 1 class kena repeat. Beban dah situ. So berapa bulan lepas tu, surat sampai cakap saya hanya calon simpanan. Mak dengan Abah agak frust tapi saya okay je So lalui semester 2 dengan jayanya result pun makin gempak. Time Semester 3, baru je masuk dapat surat lagi cakap kemasukkan ke Kolej Jururawat Masyarakat Kulim, terus mak suruh berhenti kolej. Saya masa tu berbelah bahagi sebab tak minat. Memang sedih, sebab dah selesa satu tempat kena pergi tempat lain. So terima je la.Mungkin lebih berkat pilihan ibu bapa untuk saya, itu je saya fikir. 

 Masuk lah saya ke KJMK, dan tahun ni adalah tahun terakhir saya menjadi pelatih jururawat di KJMK. Seriously, bukan senang nak senang dan bukan susah untuk senang. Macam-macam saya lalui disini, bukan sahaja rabak fizikal tapi mental. Sangat penat dan stress sebab praktikal sambil belajar benda yang bukan kita minat. Alhamdullilah sekarang saya menerima semuanya dengan hati yang terbuka.Nak cerita pasal nursing ni tunggu next post. Hehe. Lagi 2 bulan nak habis, beban di bahu semakin berat, masuk alam pekerjaan bukan mudah nak nak menjadi seorang jururawat. inshaAllah doa dari ibu bapa itu mejadikan saya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. 

 Saya hanya cerita serba sedikit tentang apa yang jadi kepada saya, kalau nak cerita apa yang terjadi dalam 4 tahun ni secara details, penat nak menaip haa. Tak cukup 1 post, nanti bosan nak baca. So cara ringkas dan padat je la. Hehehe. Next post saya akan cerita apa yang menarik sepanjang 4 tahun ni. Thanks readers sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ini. Homesick dah ni. Okayla itu sahaja kali ni. See you next post. Babaiii :)

Sincerely,
Nabila Aris